Friday, January 11, 2019

Tentang Kami

Sate Online Tanjung Malim mula ditubuhkan pertengahan Tahun 2015.



Penubuhan Sate Online Tanjung Malim adalah disebabkan idea untuk Berniaga Tanpa Kedai yang mana lebih memudahkan pelangan menikmati Sate dengan hanya menempah di atas talian sahaja (online) dan kami akan menghantar terus ke depan pintu rumah.

Idea ini juga tercetus kerana dengan zaman yang semakin canggih, teknologi media sosial yang semakin berkembang, peluang untuk meluaskan perniagaan di alam cyber semakin meningkat dan di terima ramai.

Bermula dengan berniaga di Bazar Ramadhan Slim River pada tahun 2010, kami pada masa itu menjual sate dan ikan bakar.. Pada tahun 2013 kami cuba membuka gerai makan kali pertama dengan menu utama Sate dan nasi ayam, tapi disebabkan kurangnya pengalaman, kami gagal.

Walau bagaimana pun, berniaga di Bazar Ramadan masih diteruskan. Setelah berpindah ke Behrang sekitar tahun 2013, kami teruskan berniaga di Bazar, kali ini di Behrang Stesen. Tahun 2015 kami membuka 2 cawangan bazar, iaitu di Behrang stesen dan Behrang 2020.

Dengan tertubuhnya 'Sate Online' pada tahun 2015, kami meneruskan perniagaan Sate sehingga kini dengan penambahan menu Makanan Barat (Western Food) dan Alhamdulillah, semakin diterima ramai..




No comments:

Post a Comment