Saturday, January 12, 2019

Pengenalan SATE

Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.


Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad ke-19. Selain sate lembu dan ayam yang terkenal, terdapat beberapa jenis sate yang dijual, antaranya sate arnab, sate perut, sate pedal, sate kerang, sate ikan, sate ampai-ampai.

Kebanyakan orang melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu, biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan ditepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Sate juga dihidang bersama bawang merah dan timun selain ketupat nasi atau nasi impit.



No comments:

Post a Comment