Kami menyediakan Sate Mentah Ayam & Daging yang segar (belum dibekukan) atau beku (frozen). Pelanggan boleh memilih samada hendak membeli sate mentah termasuk kuah kacang aatau tidak.
Kami memperkenalkan Sate Ayam Blackpepper. Potongan ayam bersama tulang yang diperap dengan Lada Hitam asli dan ramuan lain yang pasti membuat si'pemakan'nya tidak boleh berhenti 'meratah'.
Kami menyediakan Perkhidmatan Membakar Sate di rumah atau di Majlis keramaian. Para pelanggan kini boleh menempah sate serendah 500 cucuk untuk mendapatkan perkhidmatan Percuma (Free Service) yang kami sediakan khas untuk memeriahkan majlis keramaian yang dibuat.
Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate Online Tanjung Malim mula ditubuhkan pertengahan Tahun 2015.
Penubuhan Sate Online Tanjung Malim adalah disebabkan idea untuk Berniaga Tanpa Kedai yang mana lebih memudahkan pelangan menikmati Sate dengan hanya menempah di atas talian sahaja (online) dan kami akan menghantar terus ke depan pintu rumah.