Tuesday, January 10, 2023

Kopi D'Ulu @ Pejoy Satay House


Untuk penggemar Kopi, kami menyediakan booth kopi yang diberi nama 'Kopi D'Ulu'. Sesuai dengan kedai kami yg terletak di daerah Behrang Ulu, kami cuba mengajak penduduk di sini merasai Rasa & Khasiat kopi sebenar. 






Antara menu yang terdapat di 'Kopi D'Ulu adalah seperti Coffe Latte, Cappucino, Americano, Mocha, dan lain-lain lagi yang  di 'brew" menggunakan biji kopi Arabica.






 
Abaikan 'Art' yang tak menjadi tu.. 😂😂 nikmati la rasa kopi sebenar dengan aroma yang semerbak & rasa yang memikat hati!

Selain Kopi, di booth 'Kopi D'Ulu' juga kami menyediakan Waffle dengan pelbagai perisa sesuai dinikmati bersama kopi..



Kalau anda berkunjung ke kedai kami, pastikan anda memesan secawan kopi!

Kopi Dulu @ Kopi D'Ulu
" Pejoy Satay House "


Friday, January 6, 2023

PEJOY SATAY HOUSE

 


Sekian lama tak update blog.. Last update Jan 2019 😄😄 sebelum Covid menyerang. 

Alhamdulillah..... Selepas PKP 2.0 kalau tak salah dalam bulan june 2019, tercetusnya idea untuk membuka sebuah 'Cafe'...  Maka, terjadi la sebuah Cafe yang diberi nama "Pejoy Satay House".

Terletak di Taman  Sekiah Makmur, Behrang Ulu, Cafe kecil kami tidak lah se'gah cafe lain di daerah Muallim ni.. Tapi dengan semangat yang kental 💪 kami berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua pelangan kami.. InsyaAllah

Maka dengan rasminya juga, kami tidak lagi menumpukan pada jualan Online sahaja.. Boleh dine-in, menjamu sate panas² & berbagai menu lain yg kami ada.







Thursday, January 17, 2019

Western Food

Selain Sate, kami juga menyediakan menu Makanan Barat (Western Food). Antara menu-menu yang disediakan adalah seperti berikut. 

 

Tuesday, January 15, 2019

Sate Mentah



Kami menyediakan Sate Mentah Ayam & Daging yang segar (belum dibekukan) atau beku (frozen). Pelanggan boleh memilih samada hendak membeli sate mentah termasuk kuah kacang aatau tidak.



Sate Ayam Blackpepper

Sate Ayam Blackpepper

Kami memperkenalkan Sate Ayam Blackpepper. Potongan ayam bersama tulang yang diperap dengan Lada Hitam asli dan ramuan lain yang pasti membuat si'pemakan'nya tidak boleh berhenti 'meratah'.

Saturday, January 12, 2019

Perkhidmatan Bakar Sate di Rumah

Kami menyediakan Perkhidmatan Membakar Sate di rumah atau di Majlis keramaian. Para pelanggan kini boleh menempah sate serendah 500 cucuk untuk mendapatkan perkhidmatan Percuma (Free Service) yang kami sediakan khas untuk memeriahkan majlis keramaian yang dibuat.



Pengenalan SATE

Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.