Selain Kopi, di booth 'Kopi D'Ulu' juga kami menyediakan Waffle dengan pelbagai perisa sesuai dinikmati bersama kopi..
Tuesday, January 10, 2023
Kopi D'Ulu @ Pejoy Satay House
Untuk penggemar Kopi, kami menyediakan booth kopi yang diberi nama 'Kopi D'Ulu'. Sesuai dengan kedai kami yg terletak di daerah Behrang Ulu, kami cuba mengajak penduduk di sini merasai Rasa & Khasiat kopi sebenar.
Antara menu yang terdapat di 'Kopi D'Ulu adalah seperti Coffe Latte, Cappucino, Americano, Mocha, dan lain-lain lagi yang di 'brew" menggunakan biji kopi Arabica.
Abaikan 'Art' yang tak menjadi tu.. 😂😂 nikmati la rasa kopi sebenar dengan aroma yang semerbak & rasa yang memikat hati!
Kalau anda berkunjung ke kedai kami, pastikan anda memesan secawan kopi!
Kopi Dulu @ Kopi D'Ulu
" Pejoy Satay House "
Friday, January 6, 2023
PEJOY SATAY HOUSE
Sekian lama tak update blog.. Last update Jan 2019 😄😄 sebelum Covid menyerang.
Alhamdulillah..... Selepas PKP 2.0 kalau tak salah dalam bulan june 2019, tercetusnya idea untuk membuka sebuah 'Cafe'... Maka, terjadi la sebuah Cafe yang diberi nama "Pejoy Satay House".
Terletak di Taman Sekiah Makmur, Behrang Ulu, Cafe kecil kami tidak lah se'gah cafe lain di daerah Muallim ni.. Tapi dengan semangat yang kental 💪 kami berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua pelangan kami.. InsyaAllah
Maka dengan rasminya juga, kami tidak lagi menumpukan pada jualan Online sahaja.. Boleh dine-in, menjamu sate panas² & berbagai menu lain yg kami ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)